Recipe 1 - Chrispy & Chruncy Dal Bade | Masala Dal Vada | Bengali Daler Bora | (Malay Version)

                   Hai Semua, harini saya nak kongsikan resepi dal Bora. Dal Bora adalah makanan tradisi masyarakat India dan juga Bengali. Dal Bora ini rasanya seakan rasa kuih Vadei yang menjadi kesukaan masyarakat Malaysia. Jika makan panas - panas memang sangat sedap dan rangup ! Bagi anda yang nak cuba dengan resepi secara homemade ini anda boleh cuba resepi yang kongsikan ini. 



Bahan - Bahan :

1. Dal 
2. Bawang
3. Bawang Putih
4. Cili Padi
5. Rempah Masala.
6. Garam

Cara Memasak: 

1. Bersihkan kacang dal dan rendam selama 20 minit.


2. Toskan kacang dal tadi dan kisar dengan sedikit air sehingga hancur.


3. Kemudian, gaulkan kesemua bahan-bahan yang disediakan seperti bawang,bawang putih,cili  padi dan rempah masala dan juga sedikit garam.






4. Selepas itu, Gaulkan bahan - bahan di atas dengan kacang dal yang telah dikisar tadi sehingga sebati.





p/s: anda boleh menggunakan sarung tangan plastik bagi yang alergik dan juga boleh mengelakkan tangan terasa pedih.


5. Panaskan minyak ke atas kuali, dan gorengkan kacang dal yang telah digaul sebati  sehingga kekuningan.



6. Kemudian, angkat, toskan minyak dan sedia untuk menikmati ! Selamat mencuba !






Comments